Entry: Bicara Hati Wednesday, December 17, 2008



Entah kenapa hati terasa sangat berat je nak keja lagi kat kompeni ni. Ditambah pulak kepenatan yang tak abis-abis sejak semalam. Seperti biasa Khaira memang susah sangat nak tido malam. Dah la tido lambat bangun pulak awal. Pukul 3 dah bangun mintak susu, lepas tu ingatkan boleh tidur lagi lama, pukul 5 pulak bangun lagi sampai la hari dah cerah pun masih tak mau tidur balik. Kemarin aku dah kena tukar tempat. Ni semua gara-gara deme ni takut Kementerian Perdagangan datang wat pemeriksaan mengejut ke atas semua pc dan laptop kat kompeni ni termasuk la yang personal. Disebabkan software dalam laptop aku ni takde lesen yang sah maka terpaksa la aku pindah ke tempat sebelah untuk guna pc kat situ. Baru duduk kejap big bos @ CEO kitorang ni nampak je muka aku. Asal nampak muka terus je panggil untuk tambah beban keja yang sedia ada hehe. Bukan apa pun suh aku proofread brochure yang designer dah buat. Dia kata ni nak bagi aku familiar dengan keja baru aku sebelum tukar department nanti. Ntah la aku rasa berat hati mungkin sebab kena pindah department. Aku tak kan dapat immediate bos sebaik bos aku sekarang iaitu incik Harold Fernandez. Selamat tinggal jugak trainer-trainer yang lain huwaaa cry

Seperkara lagi yang menjadi teka-teki. Setiap hari aku menge'check' secara online tapi masih belum update. Dah berbulan-bulan kutunggu jawapan darimu huhu...Berdebar-bedar rasa, Ya Allah permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui bahawa aku sangat meminati bidang itu, ameen ya rabbal 'aalamiin.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments