|
Minggu lepas aku amek coti hari Jumaat dan half day MC utk hari Rabu. Kenapa aku cuti hari Jumaat ya? Tak lain tak bukan ialah semata-mata untuk pegi ke assessment PTD yg selama 1 hari je tu di Intan Kampus Selatan di Kluang atau nama pendeknya IKWAS. Setau aku tahun sebelum-sebelum ni 3 hari tapi mesti sebab nak save cost punya pasal jadi la 1 hari je. Aku rasa macam tak kena nilai apa pun, seolah-olah tak serius, setakat buat 3 aktiviti lepas tu je tiba-tiba dah abis! Penutupnya pulak abis kat padang bola lepas semua calon pulangkan balik 'no. banduan' masing-masing.
Sebelum ni kami dah pun mem'booking' hotel kat Kluang tu. Memang betul la kata pakcik aku Kluang ni memang macam pekan koboi tak de apa sangat kat sana. Besar lagi SP 'taman' halaman aku ekeke (jangan kecik hati naa orang-orang Kluang, kutakbermaksud nak memperlekehkan tempat ini) Aku dah siap-siap search kat internet lagi kut-kut ada hotel yang ada bintang tapi sayang sekali satu-satunya hotel yang ada bintang hanya Prime City Hotel tapi dah pun penuh (ni mesti gara-gara calon-calon PTD berebut-rebut nak cari tempat nak lodge la kut). Akhirnya abang aku tolong bookingkan satu hotel ni,(aku rasa tak payah la aku sebut nama hotel tu) tergezut biawak bila aku tengok condition hotel yang amatlah mengecewakan. Bangunan hotel tu seketul je sorang-sorang, terletak bertentangan dengan youth hostel (dah bagi clue baikk punya). First impression aku tengok hotel tu aku teringat cerita Psycho dan watak Norman Bates dalam cerita tu. Bila melangkah masuk nampak macam gelap dan gloomy ja, telefon pun ntah zaman sebelum merdeka lagi agaknya huhu. Disebabkan aku ni tengah breasfeeding anak aku, aku sangat memerlukan freezer untuk membekukan ice pack yang aku bawak ni. Makcik yang empunya hotel tu kata depa tak dak peti es untuk customer tapi depa boleh bagi pinjam ice box. Bila aku tengok tempat pantry depa macam nak pengsan aku rasa, dalam peti es pun dah penuh dengan botol-botol minuman keras. Oh tidakkk tak akan sekali-kali aku nak menginap kat situ walaupun separuh hari. Mak aku macam tak kisah je tinggal kat hotel tu sebab alasannya dekat dengan INTAN. Tapi aku dengan kakak aku memang insist nak cari jugak hotel lain mana tau kut-kut ada rezeki. Sebelum tu kami tengok la dulu bilik, ya Allah aku teringat pulak cerita Dark Water, punya la gelap dan suram kat koridor tepi pintu-pintu bilik, karpet pun dah berlapuk. Bila tengok bilik pulak aku mesti jenguk toilet dulu macam mana sebab aku ni memang agak particular dengan toilet. Toilet bowlnya dah berkulat, bathtup pun jenis zaman penjajah lagi.. Huwaaa.. tidak! Tidak! Tak kan la aku nk biar anak aku duduk bilik macam tu, kondisi yang tak conducive untuk kesihatan especially untuk bayiku yang tersayang! Akhirnya kami pun togeder geder g cari hotel lain kat pekan Kluang tu. Memang ternyata tak de langsung hotel yang lain yang 'boleh pakai', akhirnya masa nak berpatah balik kat hotel tadi, mak aku ternampak gerai buah lepas tu kami singgah la sekejap. Mak aku sorang je la yang keluar yang lain tunggu dalam keta, tiba-tiba je kakak aku ternampak kat depan sana ada bangunan baru dan ada tulis 'Comfort Hotel'. Kakak aku suh tengok nombor telefon sebab kat situ ada tertera cuma tak cukup 2 nombor. Udahnya cik abe aku pun drive ke depan sikit untuk tengok nombor tepon penuh hotel tu. Dah alang-alang dekat aku pun cakap kenapa la tak singgah je kejap tanya terus kan sonang. Lepas tu kitorang pun g la tanya, seperti biasa kakak aku jugak yang jadi tukang tanya kat setiap hotel yang kami singgah sebelum ni. Akhirnya alhamdulillah kami jumpa jugak hotel yang bersesuaian walaupun kat atas kedai tayar ekeke. Bangunan hotel ni masih baru, masa aku naik tangga pun dah bau wangi je, tengok bilik pun ok, tiles duk merelip merelap lagi, dan yang paling best, oh my precious ice bags boleh la disimpan dalam peti es depa beserta susu-susu yang aku pam. Mak aku pulak macam dah terdiam sikit bila tau hotel ni lagi dekat nak g INTAN tak sampai pun 15 minit hehe. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dah setel bab tang mana nak tiduq, sekarang ni sambung balik pasal assessment tadi. Sepatutnya dalam jadual tamat pukul 5 petang tapi aku dengar daripada calon-calon lain hari sebelum ni abis pukul 4 petang kemungkinan kami yang last day ni mungkin lagi awal. Pendaftaran saja dah amek masa lama, lebih kurang 2 jam lebih, tapi muka aku ni duk menebeng awal-awal lagi kat kaunter maka aku dapat la nombor 8 eheh. Lepas tu kena ukur tinggi, berat dan ambil gambar. Setiap group ada 5 orang kena berdiri tegak dan senyum dengan nombor masing-masing. Rasa macam banduan la pulak cuma bezanya cameraman tu suh senyum ja ekeke. Dipendekkan cerita aktiviti pertama mula pukul 11 pagi, sepatutnya pukul 10.40 pagi maka kena la drag sampai dekat pukul 1 petang baru la aktiviti kedua abis. Huh sengal yang amat, aktiviti 1 kena cakap omputih bagi pendapat, yang kedua macam perbahasan, dah jadi macam nak gaduh-gaduh pun ada eheh. Aku pulak dah tak senang duduk sebab aku janji dengan Abang nak menyusu Khaira pukul 12.40 tengah hari, tapi masa tu duk tengah sibuk ber'debate' lagi huwaaa.. Perut pulak dah lapar sangat, abis je aktiviti terus aku call Abang, aku cakap nak makan dulu lapar sangat. Lepas je abis makan terus jer g cari Abang, rupanya Khaira tengah menangis, kalo la aku tau dia tengah menangis memang aku tak kan makan lagi, siannya anak Mama ni huuu... Aku agak risau kalau-kalau susu yang aku tinggal kat hotel tu tak cukup tapi mak kata cukup lagi. Oklah la macam tu boleh la aku terus beraktiviti petang ni tanpa rasa risau. Sesi petang ni agak menarik jugak. Haha kena reka tari senam robik. Lagu yang dipasang Aspalela dengan lagu Hindustan Chori-choriaa (yang aku tak tau tajuk apa hehe). Maka kami dalam kumpulan masing-masing kena la pikir macam mn nak bersenam robik sampai la kedua-dua lagu tu abis. Disebabkan group aku ni tak de la sangat yang pandai dalam bab-bab choreographer ni masing-masing pun duk memikir. Akhirnya kami main hentam je la ekeke.. Memang kelakor abis, tang lagu aspalela macam ok sket tapi bila masuk lagu Hindustan tu adeh macam berterabur je, hentam aje la labuuu. Lepas selosai aerobik ada pulak sesi senaman asas, tang ni banyak sangat adegan lompat-lompat, maka aku tak berani nak amek risiko, kalo apa-apa jadi sendiri yang kena tanggung, fasi-fasi yang duk ada tu bukan nak bertanggungjawab pun. Star jump sampai 30 kali apa kes, dah la aku ni baru lepas bersalin, maka aku pun join la skali kumpulan ibu-ibu mengandung dan geng-geng baru lepas pantang yang lain. Tengok jam dah pukul 3.30 petang. Tiba-tiba je abis kat padang bola sepa tu jugak. Heran aku kenapa macam tak formal sangat, macam main-main je nilai orang. Hangpa semua kenai ka aku ni macam mana? Setakat sesi discussion yang x sampai sejam tiba-tiba abis macam tu je? Aku pun tak faham betul la kenapa format PAC yang baru ni macam ni. Lom lagi aku cerita flow PTD yang baru. Malas la aku nak cerita nanti mesti ramai yang dah tak mau apply PTD dah tahun depan termasuk la aku ni ngeh ngeh.. Kesimpulannya, bagi sesiapa yang fresh graduate boleh la cuba nasib, tapi untuk yang dah berkerjaya aku sarankan korang teruskan dengan kerjaya korang. Terutama untuk ibu-ibu yang beranak kecik macam aku ni lagi tak sesuai untuk masuk PTD, melainkan nak give up breastfeeding. Oh nooooo! Abis je assessment cepat-cepat aku roger kat Abang untuk amek cepat-cepat. Tak sabar aku nak jumpa Khaira huuu.. Rupa-rupanya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Khaira tengah menangis kuat sebab tak cukup susu agaknya. Mak aku dah hampir-hampir nak p cari susu formula - satu-satunya perkara paling sensitif dan pantang bagi aku dan Abang sekarang. Bila Abang sampai, aku tengok Khaira tengah menangis, kesian sangat, bila aku rangkul dia terus diam, mungkin sebab dah kenal bau mak dia.. Huu.. bagus jugak abis awal kalo tak macam mana la Khaira agaknya |
| Leave a Comment: |