Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker


Monday, December 15, 2008
PAC 2008 yang sengal lagi menyengalkan

Minggu lepas aku amek coti hari Jumaat dan half day MC utk hari Rabu. Kenapa aku cuti hari Jumaat ya? Tak lain tak bukan ialah semata-mata untuk pegi ke assessment PTD yg selama 1 hari je tu di Intan Kampus Selatan di Kluang atau nama pendeknya IKWAS. Setau aku tahun sebelum-sebelum ni 3 hari tapi mesti sebab nak save cost punya pasal jadi la 1 hari je. Aku rasa macam tak kena nilai apa pun, seolah-olah tak serius, setakat buat 3 aktiviti lepas tu je tiba-tiba dah abis! Penutupnya pulak abis kat padang bola lepas semua calon pulangkan balik 'no. banduan' masing-masing.

Sebelum ni kami dah pun mem'booking' hotel kat Kluang tu. Memang betul la kata pakcik aku Kluang ni memang macam pekan koboi  tak de apa sangat kat sana. Besar lagi SP 'taman' halaman aku ekeke (jangan kecik hati naa orang-orang Kluang, kutakbermaksud nak memperlekehkan tempat ini) Aku dah siap-siap search kat internet lagi kut-kut ada hotel yang ada bintang tapi sayang sekali satu-satunya hotel yang ada bintang hanya Prime City Hotel tapi dah pun penuh (ni mesti gara-gara calon-calon PTD berebut-rebut nak cari tempat nak lodge la kut). Akhirnya abang aku tolong bookingkan satu hotel ni,(aku rasa tak payah la aku sebut nama hotel tu) tergezut biawak bila aku tengok condition hotel yang amatlah mengecewakan. Bangunan hotel tu seketul je sorang-sorang, terletak bertentangan dengan youth hostel (dah bagi clue baikk punya). First impression aku tengok hotel tu aku teringat cerita Psycho dan watak Norman Bates dalam cerita tu. Bila melangkah masuk nampak macam gelap dan gloomy ja, telefon pun ntah zaman sebelum merdeka lagi agaknya huhu.

Disebabkan aku ni tengah breasfeeding anak aku, aku sangat memerlukan freezer untuk membekukan ice pack yang aku bawak ni. Makcik yang empunya hotel tu kata depa tak dak peti es untuk customer tapi depa boleh bagi pinjam ice box. Bila aku tengok tempat pantry depa macam nak pengsan aku rasa, dalam peti es pun dah penuh dengan botol-botol minuman keras. Oh tidakkk tak akan sekali-kali aku nak menginap kat situ walaupun separuh hari. Mak aku macam tak kisah je tinggal kat hotel tu sebab alasannya dekat dengan INTAN. Tapi aku dengan kakak aku memang insist nak cari jugak hotel lain mana tau kut-kut ada rezeki. Sebelum tu kami tengok la dulu bilik, ya Allah aku teringat pulak cerita Dark Water, punya la gelap dan suram kat koridor tepi pintu-pintu bilik, karpet pun dah berlapuk. Bila tengok bilik pulak aku mesti jenguk toilet dulu macam mana sebab aku ni memang agak particular dengan toilet. Toilet bowlnya dah berkulat, bathtup pun jenis zaman penjajah lagi.. Huwaaa.. tidak! Tidak! Tak kan la aku nk biar anak aku duduk bilik macam tu, kondisi yang tak conducive untuk kesihatan especially untuk bayiku yang tersayang!

Akhirnya kami pun togeder geder g cari hotel lain kat pekan Kluang tu. Memang ternyata tak de langsung hotel yang lain yang 'boleh pakai', akhirnya masa nak berpatah balik kat hotel tadi, mak aku ternampak gerai buah lepas tu kami singgah la sekejap. Mak aku sorang je la yang keluar yang lain tunggu dalam keta, tiba-tiba je kakak aku ternampak kat depan sana ada bangunan baru dan ada tulis 'Comfort Hotel'. Kakak aku suh tengok nombor telefon sebab kat situ ada tertera cuma tak cukup 2 nombor. Udahnya cik abe aku pun drive ke depan sikit untuk tengok nombor tepon penuh hotel tu. Dah alang-alang dekat aku pun cakap kenapa la tak singgah je kejap tanya terus kan sonang. Lepas tu kitorang pun g la tanya, seperti biasa kakak aku jugak yang jadi tukang tanya kat setiap hotel yang kami singgah sebelum ni. Akhirnya alhamdulillah kami jumpa jugak hotel yang bersesuaian walaupun kat atas kedai tayar ekeke. Bangunan hotel ni masih baru, masa aku naik tangga pun dah bau wangi je, tengok bilik pun ok, tiles duk merelip merelap lagi, dan yang paling best, oh my precious ice bags boleh la disimpan dalam peti es depa beserta susu-susu yang aku pam. Mak aku pulak macam dah terdiam sikit bila tau hotel ni lagi dekat nak g INTAN tak sampai pun 15 minit hehe. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Dah setel bab tang mana nak tiduq, sekarang ni sambung balik pasal assessment tadi. Sepatutnya dalam jadual tamat pukul 5 petang tapi aku dengar daripada calon-calon lain hari sebelum ni abis pukul 4 petang kemungkinan kami yang last day ni mungkin lagi awal. Pendaftaran saja dah amek masa lama, lebih kurang 2 jam lebih, tapi muka aku ni duk menebeng awal-awal lagi kat kaunter maka aku dapat la nombor 8 eheh. Lepas tu kena ukur tinggi, berat dan ambil gambar. Setiap group ada 5 orang kena berdiri tegak dan senyum dengan nombor masing-masing. Rasa macam banduan la pulak cuma bezanya cameraman tu suh senyum ja ekeke. Dipendekkan cerita aktiviti pertama mula pukul 11 pagi, sepatutnya pukul 10.40 pagi maka kena la drag sampai dekat pukul 1 petang baru la aktiviti kedua abis. Huh sengal yang amat, aktiviti 1 kena cakap omputih bagi pendapat, yang kedua macam perbahasan, dah jadi macam nak gaduh-gaduh pun ada eheh. Aku pulak dah tak senang duduk sebab aku janji dengan Abang nak menyusu Khaira pukul 12.40 tengah hari, tapi masa tu duk tengah sibuk ber'debate' lagi huwaaa.. Perut pulak dah lapar sangat, abis je aktiviti terus aku call Abang, aku cakap nak makan dulu lapar sangat. Lepas je abis makan terus jer g cari Abang, rupanya Khaira tengah menangis, kalo la aku tau dia tengah menangis memang aku tak kan makan lagi, siannya anak Mama ni huuu... Aku agak risau kalau-kalau susu yang aku tinggal kat hotel tu tak cukup tapi mak kata cukup lagi. Oklah la macam tu boleh la aku terus beraktiviti petang ni tanpa rasa risau.

Sesi petang ni agak menarik jugak. Haha kena reka tari senam robik. Lagu yang dipasang Aspalela dengan lagu Hindustan Chori-choriaa (yang aku tak tau tajuk apa hehe). Maka kami dalam kumpulan masing-masing kena la pikir macam mn nak bersenam robik sampai la kedua-dua lagu tu abis. Disebabkan group aku ni tak de la sangat yang pandai dalam bab-bab choreographer ni masing-masing pun duk memikir. Akhirnya kami main hentam je la ekeke.. Memang kelakor abis, tang lagu aspalela macam ok sket tapi bila masuk lagu Hindustan tu adeh macam berterabur je, hentam aje la labuuu. Lepas selosai aerobik ada pulak sesi senaman asas, tang ni banyak sangat adegan lompat-lompat, maka aku tak berani nak amek risiko, kalo apa-apa jadi sendiri yang kena tanggung, fasi-fasi yang duk ada tu bukan nak bertanggungjawab pun. Star jump sampai 30 kali apa kes, dah la aku ni baru lepas bersalin, maka aku pun join la skali kumpulan ibu-ibu mengandung dan geng-geng baru lepas pantang yang lain.

Tengok jam dah pukul 3.30 petang. Tiba-tiba je abis kat padang bola sepa tu jugak. Heran aku kenapa macam tak formal sangat, macam main-main je nilai orang. Hangpa semua kenai ka aku ni macam mana? Setakat sesi discussion yang x sampai sejam tiba-tiba abis macam tu je? Aku pun tak faham betul la kenapa format PAC yang baru ni macam ni. Lom lagi aku cerita flow PTD yang baru. Malas la aku nak cerita nanti mesti ramai yang dah tak mau apply PTD dah tahun depan termasuk la aku ni ngeh ngeh..

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang fresh graduate boleh la cuba nasib, tapi untuk yang dah berkerjaya aku sarankan korang teruskan dengan kerjaya korang. Terutama untuk ibu-ibu yang beranak kecik macam aku ni lagi tak sesuai untuk masuk PTD, melainkan nak give up breastfeeding. Oh nooooo!

Abis je assessment cepat-cepat aku roger kat Abang untuk amek cepat-cepat. Tak sabar aku nak jumpa Khaira huuu.. Rupa-rupanya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Khaira tengah menangis kuat sebab tak cukup susu agaknya. Mak aku dah hampir-hampir nak p cari susu formula -  satu-satunya perkara paling sensitif dan pantang bagi aku dan Abang sekarang. Bila Abang sampai, aku tengok Khaira tengah menangis, kesian sangat, bila aku rangkul dia terus diam, mungkin sebab dah kenal bau mak dia.. Huu.. bagus jugak abis awal kalo tak macam mana la Khaira agaknya cry Ya Allah kubersyukur di atas segala nikmat dan kemudahan yang Kauberi, selagi terdaya akan kugunakan anugerah ini untuk terus menyusukan bayiku walau apa jua rintangan sekalipun. Support breasfeeding!

Posted at 10:27 am by nurafz

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



nurafz
Female
Malaysia


Your Birthdate: August 24
Born on the 24th, you have a greater capacity for responsibility and helping others than your may have realized. You may also become the mediator and peacemaker in inharmonious situations. Devoted to family, you tend to manage and protect. This birth date adds to the emotional nature and perhaps to the sensitivities. Affections are important to you; both the giving and the receiving.


Slow and Steady
Your friends see you as painstaking and fussy. They see you as very cautious, extremely careful, a slow and steady plodder. It'd really surprise them if you ever did something impulsively or on the spur of the moment. They expect you to examine everything carefully from every angle and then usually decide against it.



"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu berkata apa yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat."

(Surah As-Saff:2-3)
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)."

(Surah Al-Muddaththir:1-2)
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. "

(Surah Ali Imran:110)
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "

(Surah Al-Baqarah:216)



   





<< December 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

- Friends -

ain

julianna idura

nanee

kereta jahat

salbiah

walrus

nikman the poyorosaurus

akma

nitelight

gagah perkasa

e-lah

alin

tomatogirl

pakngah

jamil

rudi

joekoe

-Cool Links-


rnysa

kaksu

ppi uniten

tazkirah online

kampus negara

faisal tehrani

my alumni

alwan comics


-Online Shopping-

peya's baby ruffkins

kain batik, tudung, dll

mom's little ones

pat's page

-Groups-

my school

PPI uniten

fasi uniten

summons checking

rilek

"Jika HATI sejernih air, jangan biar ia keruh, jika HATI seputih awan, jangan biar ia mendung, jika HATI seindah bulan, hiasi ia dengan iman"

"Sesaat matamu berkerdip, ingat Allah, sedetik jantungmu berdegup, ingat Allah, sehalus budimu ditabur, ingat Allah, seikhlas hatimu ditaut, ingat Allah"

Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu karana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right ones, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful"

You Are 30% Weird
Not enough to scare other people... But sometimes you scare yourself.


The Keys to Your Heart

You are attracted to obedience and warmth.
In love, you feel the most alive when things are straight-forward, and you're told that you're loved.
You'd like to your lover to think you are optimistic and happy.
You would be forced to break up with someone who was emotional, moody, and difficult to please.
Your ideal relationship is traditional. Without saying anything, both of you communicate with your hearts.
Your risk of cheating is zero. You care about society and morality. You would never break a commitment.
You think of marriage as something precious. You'll treasure marriage and treat it as sacred.
In this moment, you think of love as commitment. Love only works when both people are totally devoted.


Your Dominant Thinking Style:

Visioning You are very insightful and tend to make decisions based on your insights. You focus on how things should be - even if you haven't worked out the details. An idealist, thinking of the future helps you guide your path. You tend to give others long-term direction and momentum.

Your Secondary Thinking Style:

Experimenting You're all about looking at the facts, and you could always use more of them. You see life as your lab - and you're always trying out new things, people, and ideas. The master of mix and match, you're always coming up with unique combinations. You are good at getting a group to reach consensus.


I am nerdier than 13% of all people. Are you nerdier? Click here to find out!


Your Career Type: Artistic
You are expressive, original, and independent. Your talents lie in your artistic abilities: creative writing, drama, crafts, music, or art. You would make an excellent: Actor - Art Teacher - Book Editor Clothes Designer - Comedian - Composer Dancer - DJ - Graphic Designer Illustrator - Musician - Sculptor The worst career options for your are conventional careers, like bank teller or secretary.


You Are Chocolate Chip Ice Cream
You are kind, popular, and generous. You tend to be successful at anything you try. A social butterfly, you are great at entertaining a crowd. You are most compatible with strawberry ice cream.

live traffic counter





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed