 |
 |
 |
 |
 |
|
Thursday, May 14, 2009
Attention please, I've moved here.. For friends who have linked my previous blog please take note that I've changed blog okayyy.
Posted at 09:27 pm by nurafz
Permalink
Monday, February 02, 2009
Minggu ni dah masuk Week 3 kat IPPM ni (tak termasuk 1 week CNY hols). Huh jadual tiap-tiap hari memang pack giler. Tambah plak sumer KPLI kn duk luar gara-gara tak cukup penempatan untuk kami ni. Sian tul kami-kami ni mentang-mentang la kami ni semua bekas graduate deme ni dah assume kitorang dah pandai nak idup. Yang paling tak best kelas pulak kat luar maktab, memang la tambah kelam kabut idup. Pagi kelas kat bangunan OUM, petang aktiviti gerko semua kat maktab tak ke kelam kabut tiap-tiap hari? Camne pun redah je la, dah dapat peluang keemasan ni harung je la bukan senang nak dapat kije gomen wooo. Walaupun baru 3 minggu kat sini tapi dah macam-macam pengalaman kami kutip. Pagi-pagi nak gi kelas macam jungle trekking pun ada, siap kena lintas denai, bila nak lintas parit besar tu kena la buat acara lompat kijang pulak, ni memang betul-betul practise olahraga pepagi buta, pastu masuk plak terowong, sampai la jumpa Masjid Al-Azim tu, pastu baru la sampai bangunan OUM. Okeh sampai sini dulu, bz yang teramat-amat ni daa!
Posted at 04:52 pm by nurafz
Permalink
Wednesday, December 24, 2008
SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI ATAU KPLI-SR LPBS j-QAF AMBILAN JANUARI 2009 | MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT | | NOMBOR KAD PENGENALAN | : | 80********** | | NAMA | : | NUR AFZAN BINTI MUHAMAD SUFIAN | | KURSUS | : | PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (SEKOLAH RENDAH) | | TEMPAT | : | INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU | | | : | JALAN TUN FATIMAH, DURIAN DAUN 75400 | | | : | MELAKA , MELAKA | | TARIKH LAPOR DIRI DI IPG | : | 12-JANUARI-2009 | | MASA | : | 8.30 PAGI |
Posted at 09:27 am by nurafz
Permalink
Thursday, December 18, 2008
Dear blog, Effectively from now onwards I will let you alone for quite some time. Why? This is due to changing of my portfolio from Training Department to Program Development Department. I have to shift to another place which is soooo strategic. Yup, in front of ze biggie bosses huwaaa. During this morning meeting, our CEO made an announcement in front of everybody that I will be shifted under Mr S. Sigh..Such an unwelcome attention for me! I'll be missing my old workplace. Our happy corner. Goodbye Training Department  sob sob sob.. Goodbye Harold, Michael and Sha.  Fond memories with you people will forever be a part.
Posted at 03:14 pm by nurafz
Permalink
Wednesday, December 17, 2008
Ingatkan malas dah nak post apa-apa entry, tapi sebab mokcik nanee punya pasal aku post jugak ler eheh. Syarat2nya:- Pada yang telah berkahwin,anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...- Pada yang belum berkahwin,postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri.. contohnyer perkahwinan X-kekasih ,kawan baik,artis populer..tak kiralah,asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...Disebabkan space untuk upload gambo dalam blogdrive ni terhad terpaksolah den delete gambo-gambo dalam entry tahun-tahun lopaih huhu.. Jeng jeng jeng....
Cik abe tengah terketaq-ketaq tu sebenaqnya almaklumlah baru first time nak kish-kish  Lepas ni nak calling kat mika-mika ni pulak: Jue, Ain (aku tau kali ni hang mesti sahut cabaran aku) Ciksu (sian plak bz manjang, ada masa wat k?), & Akma (lama tak nampak hang, mana menyepi wei?)
Posted at 11:13 am by nurafz
Permalink
Entah kenapa hati terasa sangat berat je nak keja lagi kat kompeni ni. Ditambah pulak kepenatan yang tak abis-abis sejak semalam. Seperti biasa Khaira memang susah sangat nak tido malam. Dah la tido lambat bangun pulak awal. Pukul 3 dah bangun mintak susu, lepas tu ingatkan boleh tidur lagi lama, pukul 5 pulak bangun lagi sampai la hari dah cerah pun masih tak mau tidur balik. Kemarin aku dah kena tukar tempat. Ni semua gara-gara deme ni takut Kementerian Perdagangan datang wat pemeriksaan mengejut ke atas semua pc dan laptop kat kompeni ni termasuk la yang personal. Disebabkan software dalam laptop aku ni takde lesen yang sah maka terpaksa la aku pindah ke tempat sebelah untuk guna pc kat situ. Baru duduk kejap big bos @ CEO kitorang ni nampak je muka aku. Asal nampak muka terus je panggil untuk tambah beban keja yang sedia ada hehe. Bukan apa pun suh aku proofread brochure yang designer dah buat. Dia kata ni nak bagi aku familiar dengan keja baru aku sebelum tukar department nanti. Ntah la aku rasa berat hati mungkin sebab kena pindah department. Aku tak kan dapat immediate bos sebaik bos aku sekarang iaitu incik Harold Fernandez. Selamat tinggal jugak trainer-trainer yang lain huwaaa Seperkara lagi yang menjadi teka-teki. Setiap hari aku menge'check' secara online tapi masih belum update. Dah berbulan-bulan kutunggu jawapan darimu huhu...Berdebar-bedar rasa, Ya Allah permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui bahawa aku sangat meminati bidang itu, ameen ya rabbal 'aalamiin.
Posted at 07:23 am by nurafz
Permalink
Monday, December 15, 2008
PAC 2008 yang sengal lagi menyengalkan
Minggu lepas aku amek coti hari Jumaat dan half day MC utk hari Rabu. Kenapa aku cuti hari Jumaat ya? Tak lain tak bukan ialah semata-mata untuk pegi ke assessment PTD yg selama 1 hari je tu di Intan Kampus Selatan di Kluang atau nama pendeknya IKWAS. Setau aku tahun sebelum-sebelum ni 3 hari tapi mesti sebab nak save cost punya pasal jadi la 1 hari je. Aku rasa macam tak kena nilai apa pun, seolah-olah tak serius, setakat buat 3 aktiviti lepas tu je tiba-tiba dah abis! Penutupnya pulak abis kat padang bola lepas semua calon pulangkan balik 'no. banduan' masing-masing. Sebelum ni kami dah pun mem'booking' hotel kat Kluang tu. Memang betul la kata pakcik aku Kluang ni memang macam pekan koboi tak de apa sangat kat sana. Besar lagi SP 'taman' halaman aku ekeke (jangan kecik hati naa orang-orang Kluang, kutakbermaksud nak memperlekehkan tempat ini) Aku dah siap-siap search kat internet lagi kut-kut ada hotel yang ada bintang tapi sayang sekali satu-satunya hotel yang ada bintang hanya Prime City Hotel tapi dah pun penuh (ni mesti gara-gara calon-calon PTD berebut-rebut nak cari tempat nak lodge la kut). Akhirnya abang aku tolong bookingkan satu hotel ni,(aku rasa tak payah la aku sebut nama hotel tu) tergezut biawak bila aku tengok condition hotel yang amatlah mengecewakan. Bangunan hotel tu seketul je sorang-sorang, terletak bertentangan dengan youth hostel (dah bagi clue baikk punya). First impression aku tengok hotel tu aku teringat cerita Psycho dan watak Norman Bates dalam cerita tu. Bila melangkah masuk nampak macam gelap dan gloomy ja, telefon pun ntah zaman sebelum merdeka lagi agaknya huhu. Disebabkan aku ni tengah breasfeeding anak aku, aku sangat memerlukan freezer untuk membekukan ice pack yang aku bawak ni. Makcik yang empunya hotel tu kata depa tak dak peti es untuk customer tapi depa boleh bagi pinjam ice box. Bila aku tengok tempat pantry depa macam nak pengsan aku rasa, dalam peti es pun dah penuh dengan botol-botol minuman keras. Oh tidakkk tak akan sekali-kali aku nak menginap kat situ walaupun separuh hari. Mak aku macam tak kisah je tinggal kat hotel tu sebab alasannya dekat dengan INTAN. Tapi aku dengan kakak aku memang insist nak cari jugak hotel lain mana tau kut-kut ada rezeki. Sebelum tu kami tengok la dulu bilik, ya Allah aku teringat pulak cerita Dark Water, punya la gelap dan suram kat koridor tepi pintu-pintu bilik, karpet pun dah berlapuk. Bila tengok bilik pulak aku mesti jenguk toilet dulu macam mana sebab aku ni memang agak particular dengan toilet. Toilet bowlnya dah berkulat, bathtup pun jenis zaman penjajah lagi.. Huwaaa.. tidak! Tidak! Tak kan la aku nk biar anak aku duduk bilik macam tu, kondisi yang tak conducive untuk kesihatan especially untuk bayiku yang tersayang! Akhirnya kami pun togeder geder g cari hotel lain kat pekan Kluang tu. Memang ternyata tak de langsung hotel yang lain yang 'boleh pakai', akhirnya masa nak berpatah balik kat hotel tadi, mak aku ternampak gerai buah lepas tu kami singgah la sekejap. Mak aku sorang je la yang keluar yang lain tunggu dalam keta, tiba-tiba je kakak aku ternampak kat depan sana ada bangunan baru dan ada tulis 'Comfort Hotel'. Kakak aku suh tengok nombor telefon sebab kat situ ada tertera cuma tak cukup 2 nombor. Udahnya cik abe aku pun drive ke depan sikit untuk tengok nombor tepon penuh hotel tu. Dah alang-alang dekat aku pun cakap kenapa la tak singgah je kejap tanya terus kan sonang. Lepas tu kitorang pun g la tanya, seperti biasa kakak aku jugak yang jadi tukang tanya kat setiap hotel yang kami singgah sebelum ni. Akhirnya alhamdulillah kami jumpa jugak hotel yang bersesuaian walaupun kat atas kedai tayar ekeke. Bangunan hotel ni masih baru, masa aku naik tangga pun dah bau wangi je, tengok bilik pun ok, tiles duk merelip merelap lagi, dan yang paling best, oh my precious ice bags boleh la disimpan dalam peti es depa beserta susu-susu yang aku pam. Mak aku pulak macam dah terdiam sikit bila tau hotel ni lagi dekat nak g INTAN tak sampai pun 15 minit hehe. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dah setel bab tang mana nak tiduq, sekarang ni sambung balik pasal assessment tadi. Sepatutnya dalam jadual tamat pukul 5 petang tapi aku dengar daripada calon-calon lain hari sebelum ni abis pukul 4 petang kemungkinan kami yang last day ni mungkin lagi awal. Pendaftaran saja dah amek masa lama, lebih kurang 2 jam lebih, tapi muka aku ni duk menebeng awal-awal lagi kat kaunter maka aku dapat la nombor 8 eheh. Lepas tu kena ukur tinggi, berat dan ambil gambar. Setiap group ada 5 orang kena berdiri tegak dan senyum dengan nombor masing-masing. Rasa macam banduan la pulak cuma bezanya cameraman tu suh senyum ja ekeke. Dipendekkan cerita aktiviti pertama mula pukul 11 pagi, sepatutnya pukul 10.40 pagi maka kena la drag sampai dekat pukul 1 petang baru la aktiviti kedua abis. Huh sengal yang amat, aktiviti 1 kena cakap omputih bagi pendapat, yang kedua macam perbahasan, dah jadi macam nak gaduh-gaduh pun ada eheh. Aku pulak dah tak senang duduk sebab aku janji dengan Abang nak menyusu Khaira pukul 12.40 tengah hari, tapi masa tu duk tengah sibuk ber'debate' lagi huwaaa.. Perut pulak dah lapar sangat, abis je aktiviti terus aku call Abang, aku cakap nak makan dulu lapar sangat. Lepas je abis makan terus jer g cari Abang, rupanya Khaira tengah menangis, kalo la aku tau dia tengah menangis memang aku tak kan makan lagi, siannya anak Mama ni huuu... Aku agak risau kalau-kalau susu yang aku tinggal kat hotel tu tak cukup tapi mak kata cukup lagi. Oklah la macam tu boleh la aku terus beraktiviti petang ni tanpa rasa risau. Sesi petang ni agak menarik jugak. Haha kena reka tari senam robik. Lagu yang dipasang Aspalela dengan lagu Hindustan Chori-choriaa (yang aku tak tau tajuk apa hehe). Maka kami dalam kumpulan masing-masing kena la pikir macam mn nak bersenam robik sampai la kedua-dua lagu tu abis. Disebabkan group aku ni tak de la sangat yang pandai dalam bab-bab choreographer ni masing-masing pun duk memikir. Akhirnya kami main hentam je la ekeke.. Memang kelakor abis, tang lagu aspalela macam ok sket tapi bila masuk lagu Hindustan tu adeh macam berterabur je, hentam aje la labuuu. Lepas selosai aerobik ada pulak sesi senaman asas, tang ni banyak sangat adegan lompat-lompat, maka aku tak berani nak amek risiko, kalo apa-apa jadi sendiri yang kena tanggung, fasi-fasi yang duk ada tu bukan nak bertanggungjawab pun. Star jump sampai 30 kali apa kes, dah la aku ni baru lepas bersalin, maka aku pun join la skali kumpulan ibu-ibu mengandung dan geng-geng baru lepas pantang yang lain. Tengok jam dah pukul 3.30 petang. Tiba-tiba je abis kat padang bola sepa tu jugak. Heran aku kenapa macam tak formal sangat, macam main-main je nilai orang. Hangpa semua kenai ka aku ni macam mana? Setakat sesi discussion yang x sampai sejam tiba-tiba abis macam tu je? Aku pun tak faham betul la kenapa format PAC yang baru ni macam ni. Lom lagi aku cerita flow PTD yang baru. Malas la aku nak cerita nanti mesti ramai yang dah tak mau apply PTD dah tahun depan termasuk la aku ni ngeh ngeh.. Kesimpulannya, bagi sesiapa yang fresh graduate boleh la cuba nasib, tapi untuk yang dah berkerjaya aku sarankan korang teruskan dengan kerjaya korang. Terutama untuk ibu-ibu yang beranak kecik macam aku ni lagi tak sesuai untuk masuk PTD, melainkan nak give up breastfeeding. Oh nooooo! Abis je assessment cepat-cepat aku roger kat Abang untuk amek cepat-cepat. Tak sabar aku nak jumpa Khaira huuu.. Rupa-rupanya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Khaira tengah menangis kuat sebab tak cukup susu agaknya. Mak aku dah hampir-hampir nak p cari susu formula - satu-satunya perkara paling sensitif dan pantang bagi aku dan Abang sekarang. Bila Abang sampai, aku tengok Khaira tengah menangis, kesian sangat, bila aku rangkul dia terus diam, mungkin sebab dah kenal bau mak dia.. Huu.. bagus jugak abis awal kalo tak macam mana la Khaira agaknya  Ya Allah kubersyukur di atas segala nikmat dan kemudahan yang Kauberi, selagi terdaya akan kugunakan anugerah ini untuk terus menyusukan bayiku walau apa jua rintangan sekalipun. Support breasfeeding!
Posted at 10:27 am by nurafz
Permalink
Thursday, December 04, 2008
Got permission to share this information from Ciksu, thanx yer.. Thank you! This one is all about breast cancer, which everyone knows is one of the most life-threatening diseases today. I'm doing my part in spreading awareness on breast cancer by sharing some scary yet so very true facts on breast cancer. Ladies, do take note! * One in eight women or 12.6% of all women will get breast cancer in her lifetime. * Breast cancer risk increases with age and every woman is at risk. * Every 13 minutes a woman dies of breast cancer. * Seventy-seven percent of women with breast cancer are over 50. * Breast cancer is the leading cause of cancer death in women between the ages of 15 and 54, and the second cause of cancer death in women 55 to 74. * Risks for breast cancer include a family history, atypical hyperplasia, early menstruation (before age 12), late menopause (after age 55), current use or use in the last ten years of oral contraceptives, and daily consumption of alcohol. * Early detection of breast cancer, through monthly breast self-exam and particularly yearly mammography after age 40, offers the best chance for survival. Above facts taken from Women's Health Organisation Forum.
Posted at 03:05 pm by nurafz
Permalink
Monday, December 01, 2008
Posted at 12:43 pm by nurafz
Permalink
Friday, November 28, 2008
Cak! You've been tagged!!
Ni sumer gara-gara ko la Nani yang telah menge'tag' aku ekeke.. Terpaksolah den menangkap gambo sendiri secara senyap-senyap lagi curi-curi masa kat opis.
Rules:
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.Ni haa me at my workplace. Haa hangsa sumer yang dah lama tak jumpa aku tengok dah tembam kan aku sekarang? Ni la akibat menternak badan dengan jayanya masa dalam pantang 
2) Don't change your clothes, don't fix your hair…just take a picture.Tengah pakai tudung daaa macam mana nak fix hair plak 3) Post that picture with NO editing.Ye la tak edit la ni, nak edit apa kebondonya tak kan nak menguruskan muka den yang tombam ni ekeke. 4) Post these instruction with your picture.Haa ya udah! 5) Tag 10 people to do this..Pasni nak calling Jue, Ain dgn Mimi plak...yang len-len tak dapek nak senaraikan sebab deme-deme ni tak berapa nak update blog eheh..
Posted at 10:33 am by nurafz
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
- Friends -
ain
julianna idura
nanee
kereta jahat
salbiah
walrus
nikman the poyorosaurus
akma
nitelight
gagah perkasa
e-lah
alin
tomatogirl
pakngah
jamil
rudi
joekoe
-Cool Links-
rnysa
kaksu
ppi uniten
tazkirah online
kampus negara
faisal tehrani
my alumni
alwan comics
-Online Shopping-
peya's baby ruffkins
kain batik, tudung, dll
mom's little ones
pat's page
-Groups-
my school
PPI uniten
fasi uniten
summons checking
rilek
"Jika HATI sejernih air, jangan biar ia keruh, jika HATI seputih awan, jangan biar ia mendung, jika HATI seindah bulan, hiasi ia dengan iman"
"Sesaat matamu berkerdip, ingat Allah, sedetik jantungmu berdegup, ingat Allah, sehalus budimu ditabur, ingat Allah, seikhlas hatimu ditaut, ingat Allah"
Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu karana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right ones, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful"
| You Are 30% Weird |
Not enough to scare other people...
But sometimes you scare yourself. |
The Keys to Your Heart
|
|
You are attracted to obedience and warmth. |
|
In love, you feel the most alive when things are straight-forward, and you're told that you're loved. |
|
You'd like to your lover to think you are optimistic and happy. |
|
You would be forced to break up with someone who was emotional, moody, and difficult to please. |
|
Your ideal relationship is traditional. Without saying anything, both of you communicate with your hearts. |
|
Your risk of cheating is zero. You care about society and morality. You would never break a commitment. |
|
You think of marriage as something precious. You'll treasure marriage and treat it as sacred. |
|
In this moment, you think of love as commitment. Love only works when both people are totally devoted. |
Your Dominant Thinking Style: | | Visioning
You are very insightful and tend to make decisions based on your insights.
You focus on how things should be - even if you haven't worked out the details.
An idealist, thinking of the future helps you guide your path.
You tend to give others long-term direction and momentum. | Your Secondary Thinking Style: | | Experimenting
You're all about looking at the facts, and you could always use more of them.
You see life as your lab - and you're always trying out new things, people, and ideas.
The master of mix and match, you're always coming up with unique combinations.
You are good at getting a group to reach consensus. |

| Your Career Type: Artistic |
You are expressive, original, and independent.
Your talents lie in your artistic abilities: creative writing, drama, crafts, music, or art.
You would make an excellent:
Actor - Art Teacher - Book Editor
Clothes Designer - Comedian - Composer
Dancer - DJ - Graphic Designer
Illustrator - Musician - Sculptor
The worst career options for your are conventional careers, like bank teller or secretary. |
| You Are Chocolate Chip Ice Cream | You are kind, popular, and generous.
You tend to be successful at anything you try.
A social butterfly, you are great at entertaining a crowd.
You are most compatible with strawberry ice cream. |
live traffic counter
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |